Peranan swasta perlu pertingkat sebagai pemacu inovasi

Iklan
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo ketika sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani pelaburan perniagaan digital antara Axiata Digital Services Sdn Bhd dan Mitsui & Co. Ltd hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Peranan sektor swasta perlu dipertingkatkan untuk memainkan peranan penting sebagai pemacu inovasi dan permudah cara bagi keusahawanan digital.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata langkah itu akan membolehkan Malaysia mengikuti perkembangan semasa berikutan landskap ekonomi dan teknologi yang sentiasa berubah.

Iklan
Iklan

"KIta tidak lagi boleh lagi sekadar menjadi pemerhati dan perlu memberi tindak balas terhadap kemajuan teknologi yang berlaku di sekeliling kita, kita perlu proaktif meningkatkan peranan kita dan bersedia menghadapi cabaran yang mendatangi.

"Untuk maju jaya dalam ekonomi digital, usaha sama, pertukaran ilmu dan kepakaran teknologi dengan semua pihak berkepentingan dan rakan kongsi akan membantu kita untuk menguruskan dengan lebih baik realiti dan hasil daripada revolusi digital,” katanya pada majlis pemeteraian pelaburan antara Axiata Group Bhd dan Mitsui & Co, di sini, hari ini.

Iklan

Kerajaan, kata Gobind juga perlu menggalakkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menerima pakai ekonomi digital supaya mereka boleh menjadi sebahagian ekosistem digital dan memanfaatkan kelebihan ekonomi digital.

"Bagaimanapun, bukan semua perniagaan memanfaatkan peluang (pembangunan ICT) ini untuk berkembang dan berjaya. Malah, kaji selidik menunjukkan banyak PKS tempatan masih tidak memanfaatkan sistem digital dalam perniagaan mereka, walaupun negara sudah meningkatkan aspek kesalinghubungan,” katanya.

Iklan

Pada majlis pemeteraian itu, unit perkhidmatan digital Axiata Group Bhd, Axiata Digital Sdn Bhd telah meletakkan penilaian AS$500 juta bagi peniagaan teras digitalnya dengan syarikat Jepun, Mitsui & Co Ltd.

Perniagaan digital teras itu termasuk perkhidmatan e-wallet; Boost, agensi digital bebas terbesar; ada, dan penyedia platform global Apigate. - Bernama