BRUSSELS - Kerajaan Belgium pada Isnin mengumumkan negara itu akan memusnahkan hampir enam juta dos vaksin Covid-19 yang sudah luput, lapor media tempatan.
"Beberapa kajian menunjukkan vaksin yang disesuaikan dengan subvarian BA.4/5 jauh lebih berkesan berbanding vaksin asal menentang Covid-19,” kata Menteri Kesihatan, Frank Vandenbroucke kepada Jawatankuasa Kesihatan Parlimen Persekutuan, lapor Agensi Anadolu memetik harian Het Laatste Nieuws.