LHDN terima 229,613 Borang B setakat 14 Jun, angka masih rendah

Iklan
LHDN menerima 229,613 Borang B secara e-filing bagi taksiran cukai 2022 dengan nilai cukai RM1.21 bilion setakat 14 Jun lepas. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sejumlah 229,613 Borang B secara e-filing bagi taksiran cukai 2022 dengan nilai cukai RM1.21 bilion setakat 14 Jun lepas, sebelum tarikh akhir pada 30 Jun ini.

Pengarah Cawangan Pembayar Cukai Besar LHDN, Kamarudin Hashim berkata, angka tersebut masih rendah berbanding sebanyak 777,579 Borang B dengan cukai bernilai RM5.56 bilion yang diterima pada 2022 bagi tahun taksiran 2021.

Iklan
Iklan

"Ini berikutan masih ramai yang memilih untuk membayar cukai di saat-saat akhir.

"(Perlu diingatkan bahawa) pembayar cukai yang gagal membuat taksiran dalam tempoh ditetapkan boleh dikenakan penalti sehingga 300 peratus manakala yang gagal melaporkan pendapatan secara tepat boleh dikenakan penalti sehingga 100 peratus daripada jumlah cukai taksiran,” katanya dalam program Ruang Bicara Bernama TV bertajuk ‘Layanan Cukai ke Atas Pendapatan Perniagaan Individu,’ malam ini.

Iklan

Sehubungan itu, Kamarudin mengingatkan agar mereka terbabit yang layak dikenakan cukai untuk menyedari dan menunaikan tanggungjawab tersebut, terutama mereka dengan pendapatan perniagaan individu daripada hasil perniagaan pemilikan tunggal.

Menurutnya, kelompok itu adalah syarikat yang menjalani perniagaan runcit, jualan langsung, penternakan, gerai, firma guaman, bidang penulisan, penyanyi, ‘youtuber’ dan pempengaruh.

Iklan

Malah, katanya, kesedaran membayar cukai dalam kalangan kategori tersebut masih rendah berbanding individu dengan pendapatan penggajian dan syarikat korporat.

Berikutan itu, Kamarudin berkata, pihak LHDN kini aktif menjalankan libat urus dengan mereka daripada kategori pendapatan perniagaan individu terbabit dalam usaha meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab membayar cukai. - Bernama