Sewaan Pulau Pinang telah lama terbatal

Iklan
Titah Sultan Kedah dalam laporan Sinar Ahad. (Gambar kecil: Ramlah)

SHAH ALAM - Pakar sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menjelaskan, isu sewaan Pulau Pinang telah terbatal sebaik sahaja Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (PPTM) 1948 ​​ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan wakil British, Sir Edward Gent.

Menurutnya, berdasarkan sejarah dan surat perjanjian pada tahun 1786, Francis Light hanya menyewa kepada Kedah dan ia dibayar secara tahunan.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, selepas Pulau Pinang dikuasai oleh British, ia sudah menjadi satu perkara yang sah dan sewaan diteruskan sehingga terbentuknya PPTM 1948.

"Menerusi perjanjian tersebut, Pulau Pinang telah dimasukkan ke dalam PPTM sebagai negeri bebas daripada jajahan takluk British.

Iklan

Apabila kita merdeka, sekali lagi perjanjian di antara British dan Pulau Pinang dibuat menjadikan negeri itu berdaulat.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, hakikat bahawa tanah Pulau Pinang hanyalah dipajak perlu diperjelaskan secara terang berlandaskan fakta dan tanpa prejudis.

Iklan

Sultan Sallehuddin bertitah, bagaimanapun, perbincangan mengenai perkara ini haruslah disulami dengan fakta yang berasas dan tepat.

Mengulas lanjut, Ramlah berkata, sudah menjadi lumrah apabila satu perjanjian baharu dibuat, maka persetujuan terdahulu itu secara automatik terbatal.

Tambah beliau, sewaktu membentuk Malaysia, Pulau Pinang dianggap sebagai salah satu negeri yang berdaulat walaupun tiada raja memerintah.

"Sebaik sahaja negara mencapai kemerdekaan, British melepaskan Pulau Pinang melalui surat penyerahan semula kepada orang tempatan (penduduk Pulau Pinang) dan menjadikan gabenor sebagai ketua mereka.

"Sejarah yang terjadi sebelum PPTM 1948, PPTM 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963 tidak boleh berlaku semula dan akan kekal menjadi kisah lampau,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:'Pulau Pinang itu Kedah punya' - Sanusi

Pulau Pinang tidak pernah terpisah dari Kedah

Sejarah Pulau Pinang harus diperjelas segera demi rakyat

Sewaan Pulau Pinang telah lama terbatal

Isu tanah Pulau Pinang dipajak perlu diperjelas berlandas fakta - Sultan Kedah