Jangan guna alasan agama halalkan rasuah - PKPIM

Iklan
Ahmad Farhan

SHAH ALAM - Sebarang sumbangan mahupun sedekah yang mengharapkan balasan undi terutama pada pilihan raya adalah suatu bentuk rasuah.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Farhan Rosli berkata, sesuatu pemberian bagi meraih undi di dalam pilihan raya sebagai sedekah adalah salah dari segi undang undang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, salah sekiranya menganggap pemberian sumbangan untuk meraih undi dianggap sebagai sedekah.

"Jadi kita minta pemimpin politik atau calon bertanding pilihan raya nanti tidak menggunakan hujah agama sebagai alasan untuk menghalalkan rasuah,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Pada 24 Januari lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat apa sahaja bentuk kes rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang, bukannya tertakluk kepada pemahaman peribadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, rasuah adalah rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya kerana undang-undang jelas mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan pembelian undi.

Iklan

Mengulas lanjut, Ahmad Farhan berkata, setiap parti politik sewajarnya memastikan bakal-bakal calon adalah individu yang bersih selain tidak pernah terpalit dengan apa-apa dakwaan mahupun siasatan SPRM.

Beliau berkata, Bahagian III Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan jelas menyatakan sebarang bentuk penjamuan, pengaruh tidak wajar dan rasuah semasa pilihan raya adalah kesalahan serta calon berdepan tindakan berat termasuklah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

"Menjadi kewajiban kepada bakal calon dan juga pasukan kempen bakal calon untuk mematuhi undang-undang dan kos etika kempen,” ujarnya.

Ahmad Farhan menambah, tindakan parti-parti yang mewajibkan pengisytiharan harta juga wajar dipuji dan selain perlu dijadikan contoh oleh semua parti yang bakal bertanding menjelang pilihan raya negeri nanti.