Rodziah sedia beri laluan muka baharu di DUN Batu Tiga

Iklan
Rodziah

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail sedia memberi laluan kepada muka baharu untuk menggantikan beliau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Rodziah berkata, muka baharu diperlukan sebagai pemimpin pelapis untuk pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ruang itu juga bagi membolehkan beliau menumpukan tugas sebagai ahli Parlimen Ampang yang mula disandang selepas menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

"Dalam keputusan mesyuarat cabang baru-baru ini, mereka mengharapkan agar kedua-dua ADUN kekal iaitu Najwan Halimi (Kota Anggerik) dan saya di DUN Batu Tiga.

Iklan

"Sejak jadi ahli Parlimen, tugas saya bertambah. Kerja di Parlimen pun banyak.

Ia selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membubarkan DUN Selangor secara rasmi pada 23 Jun ini.

Iklan

Beliau berkata, beberapa nama calon telah disediakan bagi tujuan tersebut termasuk calon muda yang berkelayakan.

"Kita kena lihat pertandingan bukan sekadar untuk rebut kerusi tapi memastikan pentadbiran negeri dikekalkan.

"Kalau diminta bertanding, saya perlu akur tetapi kalau boleh, lebih elok beri ruang kepada orang baharu untuk memimpin negeri," katanya.

Rodziah yang juga Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor telah menyandang wakil rakyat DUN Batu Tiga selama tiga penggal berturut-turut sejak 2008.

Pada PRU15, beliau menang kerusi Ampang dengan majoriti 29,681 undi menewaskan lapan calon lain termasuk penyandang kerusi berkenaan, Datuk Zuraida Kamaruddin.