Baru 3 tahun, restoran burger Salt Bae di New York ditutup

Iklan
Salt Bae bukan sahaja menghadapi isu penutupan restoran, tetapi juga pelbagai saman dan aduan. - Foto Instagram/Salt Bae

NEW YORK - Hanya tiga tahun selepas dibuka, restoran Burger Salt Bae di Manhattan secara rasminya telah ditutup.

Salt Bae atau nama sebenarnya, Nusret Gökçe mula menjadi sensasi internet pada 2017 selepas video dia menabur garam ke atas stik dengan bergaya, menjadi tular.

Iklan
Iklan

Penjual daging, tukang masak dan pempengaruh Turki itu dengan cepat menjadi terkenal dan telah membuka rangkaian restoran stik Nusr-Et di beberapa lokasi di seluruh dunia.

Bagaimanapun kini, Salt Bae bukan sahaja menghadapi isu penutupan restoran, tetapi juga pelbagai saman dan aduan termasuk mencuri idea pekerja, menjual wain lebihan dan diskriminasi seks, malah beberapa restorannya di seluruh dunia, termasuk cawangan Nusr-Et di London, sedang menjalani semakan semula.

Iklan

Salt Bae Burger Manhattan dibuka pada Februari 2020, hanya beberapa minggu sebelum Covid-19 menyebabkan seluruh dunia menjalani perintah berkurung.

Namun sebelum itu, portal gaya hidup terkemuka, Gothamist sempat menggelarkannya sebagai 'restoran paling teruk di New York'.

Iklan

Restoran itu terletak di kawasan kejiranan Union Square Manhattan dan terkenal dengan menu menarik termasuk"burger wanita", dengan roti bun merah jambu dan susu kocak emas bernilai AS$99, lapor The Guardian.

Cawangan di New York itu adalah cawangan Burger Salt Bae kedua yang dibuka oleh Gökçe. Pada 2019, dia membuka cawangan pertama di Dubai. - Awani