Kelab Arab Saudi intai kelibat Heung Min

Iklan
Heung Min meledak 145 gol dalam 372 perlawanan buat Spurs sejak menyertai kelab itu dari Bayer Leverkusen pada 2015.

KELAB Arab Saudi, Al-Ittihad masih belum puas dengan pembelian berprofil tinggi, Karim Benzema dari Real Madrid apabila mengintai peluang untuk 'melamar' Son Heung Min dari Tottenham Hotspur.

Al-Ittihad dilaporkan merisik penyerang Korea Selatan itu dengan tawaran perjanjian empat tahun dan bayaran gaji 26 juta pound (RM154 juta) semusim.

Iklan
Iklan

Kelab tersebut dijangka mengemukakan tawaran 51 juta pound (RM302 juta) kepada Tottenham termasuk bonus buat pemain berusia 30 tahun itu.

Dia meledak 145 gol dalam 372 perlawanan buat Spurs sejak menyertai kelab itu dari Bayer Leverkusen pada 2015.

Iklan

Heung Min awal bulan ini mengakui bergelut pada musim lalu kerana terpaksa beraksi dalam kesakitan selama sembilan bulan.

Kesukaran dialaminya terbukti apabila Spurs beraksi hambar musim lalu dan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kelapan.

Iklan

Sekiranya berhijrah ke Al-Ittihad, Heung Min akan bersatu semula dengan bekas pengurus Spurs, Nuno Espirito Santo yang membimbing kelab Arab Saudi itu merangkul kejuaraan musim lalu.