Tiada aduan rasmi diterima harga ikan naik - Salahuddin

Iklan
Salahuddin Ayub. Laporan Sinar Harian pada Ahad

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan setakat ini tiada aduan rasmi dilaporkan kepada kementerian mengenai kenaikan harga ikan kegemaran rakyat Malaysia di beberapa negeri sehingga mencecah 40 peratus sejak selepas Aidilfitri lalu.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun pegawai dan penguat kuasa KPDN akan sentiasa memantau harga bagi memastikan mana-mana pihak tidak melakukan pencatutan selain tidak patuh kepada harga ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Jadi memang ada kenaikan beberapa harga ikan itu, namun kita dapati dalam masa dua tiga hari ini keadaan kembali stabil. Ada barangan seperti sayuran dan ikan ini memang bergantung pada keadaan cuaca.

"Keadaan supply (bekalan) kadang-kadang begitu tinggi tetapi faktor itu hanya sementara dan ia akan turun dalam tempoh tertentu," katanya.

Iklan
Salahuddin (tengah) ketika Pameran Hadiah Malaysia Edisi Ke-13 2023 pada Selasa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pameran Hadiah Malaysia Edisi Ke-13 2023 pada Selasa.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan masalah kenaikan harga ikan kegemaran rakyat Malaysia di beberapa negeri sehingga mencecah 40 peratus sejak selepas Aidilfitri lalu mendapat perhatian KPDN

Iklan

Salahuddin berkata, pihak kementerian akan meneliti masalah berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Situasi di setiap negeri bagaimanapun berbeza, misalnya kembung yang dijual di Kelantan naik sehingga RM15 berbanding RM12 sekilogram, sementara di Kuala Lumpur pula cecah RM24 sekilogram.

Kenaikan itu dikatakan disebabkan keadaan laut bergelora yang biasa berlaku setiap Jun hingga Oktober menyebabkan hasil tangkapan nelayan berkurangan, selain faktor cuaca panas global.

Mengulas mengenai isu bekalan ikan, Salahuddin berkata, pihaknya menyerahkan bidang kuasa tersebut kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi menangani masalah berkenaan.

"Bagaimanapun kita setiap hari memantau harga barang keperluan rakyat ini," ujarnya.