BRM FC tarik diri Liga Kejuaraan MBSB Bank

Iklan
KK BRM FC

KUALA KANGSAR BRM FC (KK BRM FC) sah menarik diri selepas mengharungi sembilan perlawanan dalam saingan Liga Kejuaraan MBSB Bank 2023.

Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan perkara itu selepas menerima surat makluman penarikan diri dari kelab yang berpengkalan di Kuala Kangsar itu.

Iklan
Iklan

"Kuala Kangsar BRM FC (KK BRM FC) telah secara rasmi menarik diri dari saingan Liga Kejuaraan MBSB Bank menerusi surat yang dihantar kepada AFL pada 19 Jun 2023.

"Kita telah berusaha untuk berbincang dan cuba membantu KK BRM FC dalam menangani masalah yang dihadapi namun pihak pengurusan kelab telah nekad dengan keputusan mereka.

Iklan

"AFL menerima dan menghormati keputusan tersebut dengan berat hati dan susulan penarikan diri KK BRM FC, semua perlawanannya dibatalkan serta dianggap tidak sah termasuklah semua mata dan gol yang telah dimainkan sebelum penarikan diri secara rasmi KK BRM FC,” katanya.

Tambah Mohd Yusoff, rentetan penarikan diri KK BRM FC, perjalanan Liga Kejuaraan MBSB Bank 2023. akan diteruskan mengikut perancangan sedia ada.

Iklan

"Mengenai tindakan yang bakal dikenakan ke atas KK BRM FC, keputusan rasmi akan ditentukan selepas Ahli Lembaga Pengarah AFL bermesyuarat dalam masa terdekat,” katanya.