Projek pemetaan cahaya Kinta Limestone Nightwalk

Iklan
Pengarah Kreatif Pincer MBI Studio Mohamad Nadhir Zuhair Mohamad Nozi menunjukkan projek pemetaan cahaya Kinta Limestone Nightwalk yang akan menjadi produk pelancongan baharu di Ipoh ketika ditemui baru-baru ini.

Berinspirasikan teknologi di Hutan Hujan Lumina di Singapura, kerajaan negeri melalui Pincer Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Studio akan mewujudkan satu lagi produk pelancongan baharu iaitu"Kinta Limestone Nightwalk" bagi pelancong yang gemarkan keunikan aktiviti riadah mereka.

Mohamad Nadhir berkata industri pelancongan Perak memerlukan produk baharu terutama bagi menarik lebih ramai pelancong berkualiti berikutan ia semakin berkembang selepas dua tahun terjejas akibat pandemik Covid-19.