'Amirudin tak kata PH-Muda kerjasama hadapi PRN'

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

SHAH ALAM - Tiada kenyataan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bahawa Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Setiausaha Akhbarnya, Jay Jay Denis berkata, sebaliknya apa yang dinyatakan Amirudin adalah mengenai pendirian dan komitmen PKR yang menganggap Muda sebagai rakan kerja susulan kerjasama dalam PRU15 lalu.

Iklan
Iklan

"Amirudin berkata, itu adalah pendirian di peringkat PKR namun perkara itu harus diputuskan oleh Majlis Presiden PH.

"Beliau tidak pasti status rundingan itu kerana beliau bukan ahli Majlis Presiden PH," katanya pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Muda, Luqman Long yang membidas kenyataan Amirudin berhubung kerjasama antara PH dan Muda bagi PRN Selangor.

Luqman berkata, sehingga hari ini tidak ada sebarang rundingan dibuat antara Muda dan PH berkenaan kerjasama strategik, jumlah kerusi termasuk kawasan yang bertanding.

Iklan

Jay Jay Denis berkata, kenyataan dikeluarkan itu berunsur fitnah dan perlu diperbetulkan.

Menurutnya, kenyataan dikeluarkan Amirudin juga tidak mewakili parti Muda seperti didakwa.

"Parti Muda janganlah tampilkan sikap tidak matang dan bermain politik murahan dengan mencipta cerita dongeng.

"Kalau nak main politik pun, paling kurang semaklah fakta," ujarnya.