Gempa bumi sederhana landa Kalimantan Barat Indonesia

Iklan
Gempa bumi berukuran 4.6 pada skala Richter melanda daerah Mahakam Ulu, Kalimantan Timur Indonesia pada Selasa. - Gambar hiasan

JAKARTA - Gempa bumi berukuran 4.6 pada skala Richter melanda daerah Mahakam Ulu, Kalimantan Timur Indonesia pada Selasa.

Pusat gempa dikesan 47 kilometer (km) ke tenggara daerah itu pada kedalaman 10 km, menurut agensi geofizik negara BMKG.

Iklan
Iklan

Agensi itu dalam akaun Twitternya berkata, gempa melanda kira-kira jam 1.43 tengah hari waktu Indonesia timur, dengan gegaran dirasai di kawasan Mahakam Ulu dan Samarinda.

Tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda setakat ini.

Iklan

Mahakam Ulu terletak berhampiran sempadan Sarawak, Malaysia dan Kalimantan Timur, Indonesia di Borneo. - Bernama

Iklan