Pintu rahsia tawar khidmat GRO terbongkar

Iklan
Antara GRO yang ditahan dalam serbuan di dua pusat hiburan di Klang, pada Sabtu.

KLANG - [DIKEMAS KINI] Kegiatan dua pusat hiburan di sini menyediakan pintu rahsia untuk pelanggan mendapatkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) terbongkar selepas diserbu sepasukan polis pada Sabtu lalu.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam kenyataan di Facebook berkata, serbuan yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap Judi dan Maksiat (D7) itu menahan 22 GRO wanita warga asing dan lima individu disyaki penjaga premis.

Iklan
Iklan

"Polis menahan 18 wanita warga Vietnam, dua wanita Kemboja, masing-masing seorang wanita Thailand dan Filipina berusia 27 hingga 50 tahun.

"Premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan itu menawarkan perkhidmatan GRO untuk pelanggan tetap sahaja," katanya.

Iklan

Sementara itu menurut sumber, tips GRO bermula RM50 ke RM200 bagi setiap pelanggan yang mengambil perkhidmatan mereka, namun hasil soal siasat mendapati tiada tawaran seks oleh GRO terbabit.

"Tonto juga mengawasi premis berkenaan bagi memantau pergerakan pihak berkuasa.

Iklan

"Semasa serbuan dijalankan, terdapat pelanggan yang mabuk dan tidak memberi kerjasama semasa pemeriksaan, namun mereka berjaya ditenteramkan oleh pasukan serbuan," katanya.

Menurutnya, pasukan serbuan turut merampas pelbagai peralatan elektronik dan wang tunai bernilai RM5,000.

"Kesemua tangkapan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan taangkapan terbabit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 55 B, Seksyen 15 (1)(c), dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1953/69 serta Perkara 39b Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1995,” katanya.