Imigresen selamatkan remaja Myanmar diupah jadi jurujual

Iklan
Mangsa diselamatkan menerusi operasi yang dijalankan di sebuah premis perniagaan runcit di Kampung Datuk Abu Bakar Baginda di sini pada Selasa.

KAJANG - Seorang remaja perempuan warga Myanmar yang dipercayai diupah sebagai jurujual barangan runcit diselamatkan menerusi operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kampung Datuk Abu Bakar Baginda di sini pada Selasa.

JIM dalam satu kenyataan memaklumkan remaja tersebut diselamatkan Unit Risik Operasi Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyelundupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) bersama Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Iklan
Iklan

"Operasi dijalankan melibatkan mangsa berumur 15 tahun yang merupakan pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di sebuah premis perniagaan runcit.

Katanya, operasi dijalankan hasil daripada aduan orang awam.

Iklan

"Majikan mangsa berumur 47 tahun merupakan seorang warga tempatan turut dipanggil untuk diambil keterangan.

"Imigresen Malaysia sentiasa mengalukan sebarang aduan untuk disalurkan berkaitan aktiviti pemerdagangan orang," katanya.

Iklan

Kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.