Bekas Perdana Menteri Peru Betssy Chavez ditahan

Iklan
Chávez ditahan di kediamannya di selatan negara itu. - Foto Reuters

Mexico - Bekas Perdana Menteri Peru, Betssy Chávez ditahan di kediamannya di selatan negara itu, lapor media tempatan pada Selasa, menurut agensi berita Jerman (dpa).

Mahkamah tertinggi negara Amerika Selatan itu telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Chávez, selaku bekas Ketua Kabinet kepada bekas presiden Pedro Castillo, yang digulingkan.

Iklan
Iklan

Mahkamah mengeluarkan arahan pada Selasa bahawa beliau harus ditahan reman selama 18 bulan atas tuduhan memberontak dan konspirasi atas permintaan pejabat peguam negara.

Pejabat peguam negara Peru sedang menyiasat Chávez atas peranannya dalam keputusan Castillo untuk membubarkan parlimen pada Disember yang lalu.

Iklan

Castillo dituduh melanggar perintah konstitusi negara itu.

Bekas guru pedalaman itu didakwa cuba menghalang undi tidak percaya dan membubarkan Kongres.

Iklan

Parlimen kemudian memecatnya daripada jawatan. Castillo ditangkap atas tuduhan cubaan rampasan kuasa. - Bernama