Program Simulasi Haji Cilik

Iklan
Gelagat jemaah cilik semasa melakukan Tawaf pada program Simulasi Haji Cilik anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (Pertim) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Program tersebut disertai kira-kira 2,000 kanak-kanak bermula pada jam 8 pagi.

Ia melibatkan kanak-kanak dari 88 buah tadika di sekitar Lembah Klang dan turut disertai oleh lima negeri lain iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka.

Program mendapat kebenaran untuk dilaksanakan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.