Hanya 30 peratus penggiat industri pelancongan kembali bangkit

Iklan
Subramanian (dua dari kiri) berbincang dengan wakil pihak pengurusan Central Square, Lee Dai See (dua dari kanan) berhubung penganjuran Kedah Matta Fair 2023.

SUNGAI PETANI - Setelah hampir kira-kira 95 peratus penggiat industri pelancongan dan perhotelan gulung tikar akibat pandemik Covid-19, kini hanya 30 peratus daripadanya kembali bangkit.

Pengerusi Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Kedah 2023, P Subramanian berkata, selebihnya masih dalam keadaan terumbang-ambing serta memerlukan sokongan untuk terus beroperasi.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga pemangku Pengerusi Matta Kedah Perlis berkata, ia berikutan keadaan semasa di mana masih banyak pusat operasi telah ditutup selain pekerja diberhentikan.

"Daripada 260 ejen pelancongan yang berdaftar, kebanyakan daripada mereka belum memperbaharui lesen operasi dan keahlian berikutan terjejas teruk semasa pandemik.

Iklan

"Ada ramai dah tutup pejabat, jika perbaharui, kena bayar lesen, cukai dan lain-lain, disebabkan tak mampu, mereka masih belum beroperasi," katanya ketika sidang media Kedah Matta Fair 2023 pada Rabu,

Kedah Matta Fair 2023 akan berlansung selama tiga hari bermula pada 23 hingga 25 Jun ini di Central Square, Sungai Petani.

Iklan

Sebanyak 40 penyertaan dari seluruh negara mengambil bahagian di mana 15 daripadanya adalah terdiri daripada ejen pelancongan dan syarikat perhotelan di Kedah dan Perlis.

Subramanian berkata, dengan penganjuran tersebut mampu memberi peluang kepada penggiat industri untuk terus berada di pasaran, sekali gus menawarkan lebih banyak pakej pelancongan dengan harga berpatutan kepada rakyat Kedah dan utara.

"Kami berharap pengunjung yang datang boleh rebut peluang melalui pakej ditawarkan kerana sedikit sebanyak membantu mereka untuk terus bangkit dan dijadikan platform terbaik sekali gus memulihkan industri pelancongan negara," katanya.