Peluang SUK rampas piala

Iklan
Hairul Anwar (tengah) ketika sidang media bersama-sama (dari kanan) Nurul Nashriq, Khir Johari, Mohd Zakuan dan Hairul Ridzwan.

PERLAWANAN akhir Piala FA Persatuan Bola Sepak Ipoh (PBI) sekali lagi mempertemukan MBI 2 dan SUK buat kali ketiga dalam tempoh enam tahun penganjurannya.

Timbalan Yang Dipertua PBI, Hairul Anwar Mohamed Noor berkata, pertembungan kedua-dua pasukan ini dilihat sebagai pertembungan gergasi kerana mereka digeruni lawan.

Iklan
Iklan

Katanya, perlawanan yang berlangsung malam esok di Stadium Perak pasti akan menampilkan permainan menarik apabila kedua-dua pasukan ini saling memerlukan kemenangan.

"Kejohanan Piala FA ini melibatkan 18 pasukan menggunakan format kalah singkir. Seperti yang dijangka, dua pasukan ini akhirnya bertembung di peringkat akhir.

Iklan

"Kita menjangkakan seramai 5,000 penonton akan hadir menyaksikan perlawanan dua pasukan tempatan yang begitu terkenal dalam Liga Ipoh ini dan datang lagi esok untuk perlawanan seterusnya kerana masuk adalah percuma," katanya pada sidang media di Stadium Perak di sini hari ini.

Hairul Anwar berkata, berdasarkan rekod perlawanan terdahulu membabitkan kedua-dua pasukan, ia memihak kepada pasukan MBI.

Dari kanan: Khir Johari, Anuar, Nurul Nashriq, Hairul Anwar, Hairul Ridzwan, Sooresh Rao dan Mohd Zakuan bersama-sama piala yang menjadi rebutan kedua-dua pasukan.

Iklan

Sementara itu, Pengurus pasukan MBI, Mohd Zakuan Zakaria berkata, pihaknya menaruh harapan tinggi terhadap pasukan MBI 2 walaupun sasaran awal pasukan MBI 1.

"Sebenarnya kita bukanlah pasukan pilihan kerana sebelum ini pasukan MBI 1 yang berjaya membawa pulang piala menentang SUK.

"Bagaimanapun, saya yakin pasukan ini mampu bersaing. Hari-hari saya jumpa mereka beri semangat untuk bina keyakinan mereka," katanya.

Katanya, pasukan MBI 2 berdepan cabaran apabila dua pemain utama mereka mengalami kecederaan.

Bagi Penolong Pengurus Pasukan SUK, Khir Johari Mohasisin berkata, pihaknya akan memberikan tentang sengit bagi memastikan Piala FA milik mereka.

Katanya, SUK lebih suka menjadi pasukan bukan pilihan kerana nama MBI begitu disegani dalam Liga PBI.

Beliau berkata, pasukan SUK menjanjikan aksi terbaik mereka selain memastikan perlawanan berlangsung tanpa kad merah seperti tahun sebelumnya.

Hadir sama pada sidang media itu, Jurulatih MBI 2, Sooresh Rao; Kapten pasukan MBI 2, Hairul Ridzwan Saaba; Penolong Jurulatih pasukan SUK, Anuar Yusop dan Kapten Pasukan SUK, Nurul Nashriq Kamarddin.

Pertembungan di antara MBI 2 menentang SUK akan bermula pada jam 8.30 malam di Stadium Perak.