Sukan Asia 'medan perang' buat atlet

Iklan
Ahmad Shapawi - Foto Bernama

WILAYAH Hangzhou di China yang menjadi tuan rumah Sukan Asia 2022 bukan destinasi 'makan angin menarik', sebaliknya merupakan medan 'perang' buat atlet untuk membawa pulang pingat buat negara.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menyokong penuh syarat ketat yang ditetapkan jawatankuasa pemilihan atlet ke temasya tersebut untuk memastikan hanya yang berpotensi memenangi pingat disenaraikan mewakili negara.

Iklan
Iklan

"Kita beri sokongan penuh khususnya syarat yang lebih ketat. Apa yang penting Sukan Asia bukan pendedahan tapi medan pertempuran untuk atlet menunjukkan prestasi yang tinggi,” katanya.

Beliau menegaskan para atlet perlu membuktikan pemilihan ke temasya tersebut berbaloi seiring dengan fasiliti yang disediakan buat mereka.

Iklan

"Siapa yang layak dalam kategori A, mereka sepatutnya membuktikan segala kemudahan yang kita berikan kepada mereka selama ini.

"Selayaknya diterima, jangan ambil mudah,” katanya.

Iklan

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria pada Selasa menegaskan atlet yang berpotensi untuk menyumbang pingat sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian pada Sukan Asia Hangzhou akhir September depan.

Penetapan itu dibuat susulan tahap kompetitif tinggi di Sukan Asia yang tidak sesuai untuk digunakan sebagai platform pendedahan buat atlet.

Syarat itu juga bagi memastikan pencapaian hambar kontinjen negara di Jakarta-Palembang 2018 tidak berulang apabila bersaing di Hangzhou.

Sebagai rekod, kategori A akan ditanggung sepenuhnya oleh MOM dan ia melibatkan atlet yang memperoleh keputusan empat terbaik dalam kejohanan peringkat Asia.

Kategori B pula akan ditanggung sepenuhnya persatuan sukan berkaitan, namun atlet atau pasukan yang layak beraksi ke temasya itu perlu mempunyai pencapaian enam terbaik dalam kejohanan sebenua.