Lebih 100 mangsa penipuan pelaburan serah penyataan tambahan

Iklan
Hishamuddin (tiga dari kanan) bersama Presiden Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia, Tan Sri Musa Hassan (dua dari kanan) bercakap pada sidang media mengenai Serahan Penyataan Tambahan dan Aduan Bersama Mangsa-Mangsa Penipuan Syarikat Pelaburan Tidak Berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, pada Rabu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Lebih 100 mangsa yang terlibat dengan penipuan pelaburan dipercayai mencecah RM1 bilion menghantar penyataan tambahan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap syarikat disyaki pecah amanah dan menipu duit pelaburan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim yang mewakili mangsa berkata, penyerahan penyataan tambahan itu diharap dapat digunakan bagi melancarkan siasatan SSM.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, belum ada lagi tangkapan dilakukan sejak mereka membuat laporan polis pada Mac lepas dan ia meresahkan mangsa yang terlibat.

"Merujuk kepada Seksyen 27A Akta SSM iaitu kuasa penguatkuasaan dan pemeriksaan penyiasatan yang mana pendaftar (ketua pegawai eksekutif SSM) mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis dalam apa jua yang diperuntukkan dalam tatacara.

Iklan

"Ini bermaksud SSM ada kuasa untuk menangkap. Tak perlu tunggu polis. SSM boleh terus menangkap sekiranya skim pelaburan itu adalah skim pelaburan yang gagal daftar di bawah Akta Skim Kepentingan 2012,” katanya pada sidang media di Menara SSM @ Sentral di sini pada Rabu.

Hishamuddin berkata, mana-mana pengarah syarikat yang menjalankan skim pelaburan tanpa berdaftar dengan SSM di bawah Akta Skim Kepentingan 2012, boleh dikenakan penjara selama 10 tahun atau denda RM50 juta.

Iklan

Ini merupakan langkah ketiga diambil mangsa penipuan syarikat pelaburan tersebut setelah membuat laporan polis dan membuat aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) masing-masing pada Mac dan April lepas.

Kebanyakan mangsa yang ditemui mengakui tertarik untuk menyertai skim pelaburan tersebut setelah syarikat pelaburan itu memberitahu nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan telah turut sama menyertai skim pelaburan terbabit sedangkan mereka tidak terlibat langsung dengan syarikat pelaburan itu.

Seorang bapa kepada atlet terkenal yang enggan mendedahkan namanya turut terpedaya dan menjadi mangsa skim pelaburan itu dengan kerugian berjumlah RM150,000 setelah menyangka skim pelaburan itu adalah produk ditawarkan oleh bank tempatan.

"Tetapi sebenarnya tidak. Ejen yang kenalkan saya dengan skim pelaburan itu memang seorang pekerja sebuah bank tempatan, namun akibat dikaburkan dengan pulangan sehingga enam peratus sebulan. Saya terus sertai skim pelaburan itu dan hanya sempat merasa ‘habuan’ untuk tiga bulan pertama sahaja dan langsung tidak terima duit sehingga sekarang,” katanya kepada Bernama. - Bernama