KJ tak setuju 'gelombang hijau’ diguna untuk takutkan pengundi

Iklan
Khairy Jamaluddin - Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Perkataan ‘gelombang hijau’ dengan merujuk sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) dilihat ditimbulkan sesetengah pihak dengan konotasi negatif.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkataan tersebut digambarkan dengan maksud tersirat yang mencerminkan bahawa wujudnya propaganda ekstremis.

Iklan
Iklan

"Terdapat media luar negara yang menggunakan perkataan ‘gelombang hijau’, seolah-olah sekiranya PN menang pilihan raya, maka negara akan dikuasai kumpulan seperti Taliban.

"Jadi saya sangat tidak setuju bila pimpinan DAP, seperti Tan Sri Lim Kit Siang menggunakan gelaran tersebut untuk memomokkan undi,” katanya.

Iklan

Baru-baru ini, Kit Siang menyatakan yang kerajaan harus melaksanakan dasar-dasar reformasi dan program pembinaan semula negara bagi mencegah Malaysia tenggelam dalam gelombang hijau Pas.

Katanya, kerajaan harus mengambil pelajaran daripada Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mengelakkan demokrasi dirampas oleh politik pembohongan, ketakutan, kebencian, perkauman dan agama.

Iklan

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) bukan disebabkan oleh faktor agama dan bangsa tetapi hakikatnya adalah kerana ketidakstabilan negara kini.