Alif Satar, isteri berlepas ke Makkah tunai haji

Iklan
Alif Satar dan Sha Dila antara jemaah yang diundang untuk mengerjakan ibadah haji di Makkah. - Foto Astro Awani

SEPANG - Kesyukuran tidak henti-henti dipanjatkan Alif Satar ketika ditanya perasaannya diberi kesempatan untuk menunaikan fardu haji tahun ini.

Kelopak matanya pula bergenang menginsafi kebesaran ALLAH mengundang bukan hanya dia, bahkan isterinya, Sha Dila Halid yang menemaninya ke Tanah Suci.

Iklan
Iklan

Sekitar pukul 7.20 malam ini, Alif dan Sha Dila akan berlepas ke Makkah bagi menyempurnakan tuntutan rukun Islam kelima.

Kepada Astro Awani, Alif, 33, bercerita betapa undangan ke rumah ALLAHitu bagaikan rahmat yang terlalu agung buatnya.

Iklan

"Sebelum ini, setiap hari dan setiap masa sejak tahun 2017 Alif memanjat doa kepada ALLAH agar mengundang Alif dan isteri untuk menunaikan haji. Setiap tahun, Alif sentiasa mengharapkan undangan itu diberikan.

Kegembiraan Alif Satar tambah berganda kerana menyertai rombongannya menunaikan haji tahun ini ialah Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin. - Foto Astro Awani

"Alhamdulillah, doa Alif telah diangkat oleh ALLAH. Sukar digambarkan perasaan gembira yang bukan kepalang. Terima kasih ALLAH, terima kasih yang tidak terhingga kerana doa Alif dimakbulkan,” kata artis versatil ini ketika ditemui Astro Awani di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Iklan

Dalam leka memikirkan kegembiraan diundang sebagai tetamu ALLAH untuk mengerjakan haji, Alif turut membayangkan juga bagaimana kelak apabila umat Islam syurga kelak.

Namun begitu, Alif sangat-sangat yakin ketika ini adalah masa yang terbaik untuk dia dan isteri meluangkan masa dan kesempatan menzahirkan kesyukuran dengan melalui perjalanan spiritual di Makkah dan Madinah.

"Perjalanan spiritual ini adalah satu jihad yang terbesar dalam hidup Alif dan juga rakan-rakan jemaah haji lain kerana perlu meninggalkan anak-anak dan keluarga di tanah air.

"Tetapi, dari satu perspektif lain, Alif melihat pemergian ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji adalah pengorbanan yang kecil berbanding apa yang telah Nabi Ibrahim dan anakanda baginda, Nabi Ismail lalui di zaman itu,” kata Alif lagi.

Justeru, kesempatan di Makkah kelak, Alif berikrar, untuk melakukan yang terbaik dan memberi fokus pada ibadah yang dituntut.

Pada kesempatan di Tanah Suci juga, Alif tentu sekali akan berdoa kepada ALLAH agar sekembalinya ke tanah air kelak, dia akan dianugerahkan haji mabrur.

Satar Ramli (kiri) dan Norhafiza Mohamad (dua dari kiri) turut berada di KLIA menghantar Alif Satar dan Sha Dila ke Makkah pada Rabu. - Foto Astro Awani

"Semoga ada perubahan yang lebih baik buat Alif dan isteri apabila kami kembali kelak walapun dalam hati ada sedikit rasa takut, namun Alif akan manfaatkan peluang ini untuk buat yang terbaik dan berusaha untuk mendapatkan haji mabrur... Insya-ALLAH,” ujarnya lagi.

Ketika di KLIA tadi juga, Alif berkongsi kegembiraan berganda kerana turut bersama-samanya menyerti rombongan perjalanan haji ini ialah Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

"Nikmat dan rezeki yang ALLAH berikan amat luar biasa buat Alif,” kata dalam nada sebak.

Turut berada di KLIA menghantar Alif dan isteri ke Makkah ialah bapa dan artis itu, Mohd Satar Ramli dan Norhafiza Mohamad. - Awani