'Ahli politik tak patut masuk campur isu Kedah-Pulau Pinang'

Iklan
Dr Azmi Ariffin

SHAH ALAM - Isu Kedah-Pulau Pinang yang hangat diperkatakan baru-baru ini sepatutnya memerlukan penyertaan daripada ramai pakar sejarah.

Pensyarah Kanan Bahagian Sejarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Azmi Ariffin berkata, ia kerana perbahasan tersebut memerlukan perbincangan secara teknikal tanpa terbawa-bawa dengan sentimen.

Iklan
Iklan

Justeru, tidak wajar isu berkenaan mendapat penyertaan pimpinan parti politik yang bersulamkan sentimen.

"Bila ada ahli politik yang masuk dalam perkara ini dan bawa maklumat tidak tepat. Ia mengakibatkan masalah, tambahan lagi kalau ada pengikut, lebih teruk polemiknya.

Iklan

‘Perbezaan dari segi pandangan sejarah sepatutnya disambut dengan baik kerana ia bersifat harmoni. Namun, sebaliknya bila berlaku campur tangan politik.

"Tiada istilah untuk berbincangnya dari sudut tersebut, selagi masih ada ruang kefahaman yang luas. Ia dapat mewujudkan perdebatan yang sihat,” katanya semasa Program Sinar Libe ‘Sejarah atau Perlembagaan’ pada Rabu.

Iklan

Mei lalu, orang ramai dikecohkan dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut.

Jelasnya, Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pula baru-baru ini bertitah, hakikat bahawa tanah Pulau Pinang hanyalah dipajak, perlu diperjelaskan secara terang berlandaskan fakta dan tanpa prejudis.

Baginda bertitah, perbincangan mengenai perkara itu haruslah disulami dengan fakta yang berasas dan tepat.

Dalam pada itu, Azmi menambah, pemimpin politik sama ada kerajaan atau pembangkang seharusnya duduk bersama bagi menyatupadukan seluruh masyarakat Malaysia.

Jelasnya, ia pernah dibuktikan pasca 13 Mei 1969 apabila wujud banyak dasar perpaduan ketika itu.