Sentimen permusuhan DAP, UMNO perlu dimatikan segera - Affifi

Iklan
Affifi

SHAH ALAM - Sentimen permusuhan antara DAP dan UMNO perlu dimatikan dengan segera bagi memastikan kedua-dua parti itu boleh bergerak bersama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Affifi Aris berkata, cadangan supaya DAP meminta maaf kepada UMNO itu penting dilakukan bagi memastikan pimpinan akar umbi faham bahawa parti berkenaan telah pun berubah dan ikhlas menjalinkan persahabatan.

Iklan
Iklan

"Apa yang dimomokkan kepada ahli UMNO dan mereka (DAP) menggelar kita ini pelbagai, penyamun, penyagak, perompak akhirnya pimpinan parti kita Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terpalit dengan isu sangat sukar kita gambarkan pimpinan dilakukan sedemikian rupa.

"Dicemuh, diaibkan, dimalukan dan kalau boleh saya katakan sampai dibogelkan pun. Jadi tiba-tiba hari ini kita dibuat satu gesaan untuk menerima orang yang selama ini menuduh kita dengan pelbagai isu, sebab itu saranan Ketua Pemuda itu benda yang betul.

Iklan

"Kalau DAP ikhlas bersama dengan kita, memohon maaf itu adalah satu perkara yang sebenarnya boleh melegakan hati di peringkat akar umbi,” katanya.

Affifi ketika bersiaran dalam program podcast Sinar Harian ‘Plot Twist’ yang bersiaran di semua platform digital pada Khamis.

Beliau berkata demikian dalam siaran podcast Sinar Harian ‘Plot Twist’ yang bersiaran di semua platform digital pada Khamis.

Iklan

Pada 8 Jun, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dalam ucapan dasarnya menuntut DAP memohon maaf secara terbuka kepada UMNO sekiranya benar parti itu ikhlas untuk menjalin kerjasama dengan UMNO.

Ujarnya, tindakan itu berupaya melembutkan hati ahli-ahli UMNO yang masih meragui kejujuran DAP.

Dalam pada itu, menurut Affifi, perjalanan parti dalam Kerajaan Perpaduan itu masih panjang, bukan sahaja ketika PRN malah turut melibatkan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

"Sebab itu saya kata, ‘address’ (penyampaian) status quo itu mesti dilakukan. Kita jangan buat senyap, tidak boleh mengenepikan pandangan-pandangan di peringkat akar umbi untuk menenangkan jiwa kita.

"Bagi saya kita kena ada situasi menang-menang dalam nak berhadapan dengan pilihan raya, bukannya kita nak pilihan raya nak menyokong supaya ahli UMNO ini memberi undi, rakyat juga akan memberi undi.

"Kalau tidak ada situasi menang-menang untuk kedua-dua belah pihak ini, akhirnya kita rugi,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: DAP boleh minta maaf dengan GPS, kenapa dengan UMNO tak boleh'

‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok Mat

Gesa DAP mohon maaf, Lip Eng bidas MCA

Perwakilan Pemuda UMNO tuntut DAP minta maaf

[VIDEO] DAP perlu minta maaf kalau ikhlas nak bersahabat - Akmal