Padu mantapkan pelaksanaan subsidi bersasar

Iklan
Hanifah ketika menghadiri Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Khamis. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pangkalan Data Utama (Padu) yang diwujudkan bagi menggabungkan maklumat sosioekonomi bagi setiap isi rumah di negara ini dalam usaha memperkemaskan pelaksanaan subsidi bersasar akan mula diguna pakai tahun depan.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, semua maklumat itu akan diproses bersama dalam sistem API dan kemudian maklumat isi rumah akan dimasukkan ke Pangkalan Data Negara dan boleh diakses oleh penganalisis sektor awam.

Iklan
Iklan

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Zurainah Musa yang ingin tahu cara-cara penambahbaikan penyasaran kategori T20, M40 dan B40 yang akan dilaksanakan oleh Padu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Mei berkata, pelaksanaan Padu itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan menggabungkan sebanyak mungkin maklumat sosio ekonomi bagi setiap isi rumah yang dapat membantu kerajaan menggubal dasar dan menyasarkan subsidi.

Iklan

Beliau berkata, menerusi Padu juga kerajaan dapat mengenal pasti ketirisan yang wujud sekali gus menambah baik pelaksanaan sistem subsidi kepada golongan sasaran. - Bernama

Iklan