Nenek terpedaya sindiket phone scam, RM79,992 lesap

Iklan
Gambar hiasan.

KUANTAN - Seorang warga emas kerugian RM79,992 selepas diperdaya sindiket panggilan telefon (phone scam) yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara pada Selasa lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, wanita berusia 72 tahun telah menerima panggilan telefon daripada suspek memaklumkan kad kredit miliknya telah digunakan untuk urus niaga penyeludupan dadah di luar negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek kemudian meminta maklumat perbankan mangsa dan telah mengaktifkan perbankan secara dalam talian bagi akaun tersebut.

"Setelah beberapa lama kemudian mangsa telah menerima beberapa SMS (khidmat pesanan ringkas) transaksi pemindahan wang dari akaun miliknya.

Iklan

"Susulan itu, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM 79,992 dan laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis

Sehubungan itu, Yahaya berkata, polis menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

Iklan

"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya.