YouTuber Noel Faizal didenda RM2,500 kes dadah

Iklan
Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

PETALING JAYA - 'YouTuber' Noel Faizal yang mempunyai 248,000 'subscribers' didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas satu pertuduhan membabitkan kes dadah jenis methamphetamine, tiga bulan lalu.

Noel Faizal Firdaus Muhamad, 40, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Iklan
Iklan

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pindaan, dia didakwa ada dalam kawalannya dadah berbahaya itu, seberat bersih 0.68 gram di tempat letak kereta sebuah kondominium di Damansara Perdana di sini pada jam 2.15 pagi, 21 Mac lalu.

Iklan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1980) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikenakan hukuman ringan.

Iklan

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Loh Xian Yee mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam dan kekerapan kes berlaku terutamanya di daerah ini.