[VIDEO] Bekas tentera didenda RM20,000 tembak mati kucing

Iklan
Aziz (tiga dari kiri) didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis.

MELAKA - Seorang bekas tentera didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis, kerana menembak kucing jirannya hingga mati menggunakan senapang angin pada Jun tahun lalu.

Iklan
Iklan

Sinar Harian pada 21 Jun lalu melaporkan seorang warga emas dan anaknya ditahan polis selepas disyaki menembak mati seekor kucing milik jiran yang memasuki rumah mereka menggunakan selaras senapang angin.

Kejadian dipercayai berlaku selepas kucing bernama Molly masuk ke rumah suspek.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, suspek masing-masing berusia 62 dan 27 tahun ditahan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada jiran mereka berusia 44 tahun yang merupakan pemilik kucing terbabit.