Bangunkan infrastruktur mesra pelabur: Mukhriz
Iklan
Mukhriz ( empat dari kanan) menyempurnakan acara pra majlis pecah tanah bersama Niwa (dua dari kanan) dan juga tetamu kehormat yang lain.
JITRA - Kerajaan negeri akan berusaha untuk menyediakan infrastruktur dan sokongan yang diperlukan untuk memastikan pelabur luar dapat beroperasi dengan jayanya di negeri ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, agensi-agensi kerajaan, termasuk Invest Kedah yang bertindak sebagai Pusat Perkhidmatan Setempat, sentiasa bersedia membantu para pelabur menjadikan Kedah lokasi pilihan mereka.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ia termasuk dalam menyediakan persekitaran yang kondusif supaya pelabur dapat berkembang maju dan pesat di negeri ini.
"Untuk makluman, Invest Kedah dianggotai oleh sekumpulan profesional yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini.
Iklan
" Meeka telah berjaya membantu penubuhan pelaburan dari pelbagai industri termasuk perkilangan, agro-bio, pembuatan teknologi tinggi, logistik, pelancongan, minyak dan gas, industri makanan halal dan banyak lagi," katanya, ketika berucap di Majlis Pecah Tanah bangunan NT Rubber-Seals Sdn Bhd di Kawasan Industri Darulaman di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz juga berharap pelaburan tambahan NT Rubber-Seals Sdn Bhd ini akan meningkatkan sosioekonomi di daerah Kubang Pasu melalui penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
Iklan
Mukhriz ( empat dari kanan) menyempurnakan acara pra majlis pecah tanah bersama Niwa (dua dari kanan) dan juga tetamu kehormat yang lain.
"Saya difahamkan bahawa anak syarikat Nichias Corporation, Jepun ini telah beroperasi sejak tahun 1996 dengan jumlah tenaga kerja lebih dari 270 orang.
"Nichias Corporation adalah salah satu pengeluar terbesar pelbagai jenis gasket dan bahan kedap di Jepun, dengan pembuatan dan operasi di seluruh dunia.
"Saya sejujurnya merasa bangga kerana syarikat ini sudi memilih negeri Kedah, khususnya dan Malaysia, secara amnya, untuk mengembangkan operasi dengan suntikan sebanyak lebih daripada RM30 juta dalam pelaburan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Nichias Corporation Jepun,Takahiro Niwa berkata, operasi Nichias telah mencecah usia 123 tahun dan mereka berhasrat melebarkan sayap melalui pembinaan bangunan baharu fasa 5 dalam usaha bersama-sama menyumbang ke arah kepesatan ekonomi Malaysia.
"Projek ini akan dibangunkan sepenuhnya oleh Kontraktor Takenaka Malaysia dan ia dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada April tahun hadapan.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Takenaka Construction,Takenaka Malaysia dan juga kepada semua yang terlibat dalam projek bangunan baharu ini.
"Semoga kerjasama ini dapat diteruskan di masa hadapan dan kepada pihak yang terlibat dalam pembinaan, aspek keselamatan amatlah penting dan perlu diutamakan supaya projek ini dapat berjalan dengan lancar," katanya.
Turut hadir, Exco Industri dan Pelaburan Kedah, Tan Kok Yew.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam