PRN: Agihan kerusi serah kepada kepimpinan tertinggi parti

Iklan
Asyraf Wajdi - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pengagihan kerusi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), harus diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi parti.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semua pihak, harus akur dengan hasil kesepakatan dalam mesyuarat agihan kerusi yang lalu, yang telah dimuktamadkan.

Iklan
Iklan

"... jadi tiada isu sebenarnya, biasalah mungkin yang akan minta dan sebagainya itu cuba-cuba nasib saat akhir, daripada presiden masing-masing,” katanya selepas mengadakan tinjauan mesra penerimaan bas elektrik dan merasmikan program MARA Brew 23, di Ibu Pejabat MARA di sini pada Khamis.

Asyraf berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Amanah bahagian Hulu Selangor, Abdul Mun'im Roslin, yang meluahkan rasa tidak setuju dengan hasrat UMNO untuk bertanding di Hulu Bernam dan Batang Kali, iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Hulu Selangor.

Iklan

Abdul Mun'im dalam kenyataanya, turut menuntut UMNO untuk memberikan sekurang-kurangnya satu kerusi di antara Hulu Bernam dan Batang kali.

Kerusi DUN Hulu Bernam kini disandang oleh Rosni Sohar dari BN-UMNO manakala DUN Batang Kali pernah disandang oleh BN-UMNO, sebelum dikalahkan kali pertama oleh Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Iklan

PRN Selangor membabitkan 56 DUN, manakala negeri lain yang terlibat ialah Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. - Bernama