Anak Tina Turner ditahan kes dadah

Iklan
Ike Turner Jr, yang juga seorang pemuzik, dijatuhi hukuman penjara 18 hari sebelum ibunya meninggal dunia pada usia 83 tahun pada 24 Mei.

LOS ANGELES - Ike Turner Jr, anak kepada mendiang pemuzik Ike dan Tina Turner ditahan di Texas bulan lepas selepas disyaki memiliki kokain dan mengganggu bukti, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik majalah People pada Rabu.

Polis di Alvin, Texas, menahan lelaki berusia 64 tahun itu selepas menemui 1.7 gram (g) kokain dan 0.7 g methamphetamine dalam pemilikannya, menurut majalah itu.

Iklan
Iklan

Ike Turner Jr, yang juga seorang pemuzik, dijatuhi hukuman penjara 18 hari sebelum ibunya meninggal dunia pada usia 83 tahun pada 24 Mei.

Pegawai dari Jabatan Polis Alvin, Kapten Q.T. Arendell memberitahu People bahawa polis merampas dadah yang dijumpai itu selepas mendapati Turner cuba memakan bahan terlarang itu.

Iklan

Turner ketika ini ditahan di Penjara Daerah Brazoria dengan jaminan AS$70,000 (RM325,000), lapor People.

Seorang penumpang dalam kereta itu, Jessica Salinas-Esquivel, turut didakwa memiliki bahan terkawal (methamphetamine).

Iklan

People dan The Times, tidak dapat menghubungi peguam pemuzik itu.

Ike dan Tina Turner memiliki empat orang anak, termasuk Ike Turner Jr. - Bernama-dpa