SEOUL - Seorang wanita di Korea Selatan ditahan selepas dipercayai membunuh dan menyimpan mayat kedua-dua bayi yang baru dilahirkan di dalam peti sejuk.
Pihak berkuasa Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap wanita berusia 30-an itu selepas suspek mengaku membunuh dua bayinya akibat dilanda masalah kewangan selain terpaksa menjaga tiga lagi anaknya yang berusia 12, 10, dan lapan tahun.