Grab aktifkan semula akaun ‘rider’ tegur warga Singapura

Iklan
Tangkap layar video yang dikongsikan pengguna TikTok @matkibot yang mengesahkan akaun penghantar makanan itu telah diaktifkan kembali. Gambar kanan: Ciapan balas Grab Malaysia di Twitter.

SHAH ALAM - Grab Malaysia telah mengaktifkan kembali akaun salah seorang penghantar makanannya yang disekat susulan kes menegur dua warga Singapura di sebuah stesen minyak di Johor baru-baru ini.

Syarikat itu dalam ciapan balas di Twitter berkata, tindakan itu dibuat bagi membolehkan mereka membuat siasatan untuk mengetahui isu sebenar yang berlaku.

Iklan
Iklan

"Kami menerima pelbagai maklum balas yang bercanggah sebelum pasukan kami melakukan siasatan.

"Kami gembira untuk mengatakan bahawa syarikat telah mengaktifkan semula akaun penghantar makanan tersebut dan mengucapkan terima kasih atas sokongan anda kepadanya,” jelasnya.

Iklan

Penghantar makanan berkenaan sebelum itu berkongsi perkembangan di TikTok dan memberitahu bahawa akaun Grab miliknya telah digantung sejak Rabu.

Tindakan itu menyebabkan dia tidak dapat menerima tempahan dan berasa ditindas walaupun tidak membuat apa-apa kesalahan.

Iklan

Sementara itu, dalam satu video yang dikongsikan pengguna TikTok @matkibot, pemuda itu turut mengesahkan akaunnya telah diaktifkan kembali.

"Grab admin telah pun menjalankan siasatan dan mendapati bahawa saya tidak bersalah. Akaun saya telah diaktifkan semula.

"Sekali lagi saya berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia,” katanya.