Jururawat hospis dampingi pesakit

Iklan
(tiga dari kiri) June bersama Gayathri dan Yong Yi serta tetamu yang hadir pada karnival kesihatan di Klinik SP Care di sini.
SUNGAI CHOH - Pesakit menghidap penyakit kritikal pasti mengalami gangguan emosi bagi menempuh sisa hayat mereka.

Justeru Hospital Kasih menawarkan perkhidmatan penjagaan paliatif atau dikenali sebagai hospis di rumah pesakit sehingga ke akhir hayat secara percuma.

Seorang jururawat, D Gayathri berkata, Hospital Kasih merupakan organisasi dana berdaftar yang ditubuhkan pada 1997 dengan sokongan Yayasan Kasih dan dana daripada korporat serta orang ramai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rawatan perubatan, sokongan psikologi, emosi dan rohani diberikan kepada pesakit kritikal seperti kanser tahap empat dan kegagalan fungsi buah pinggang.

"Jururawat hospis terdiri dari kalangan mereka yang terlatih dan berpengalaman bekerja di hospital malah saya sendiri sudah sembilan tahun berkhidmat dengan Hospital Kasih.

Iklan

"Sebagai jururawat hospis, kami dapat meluangkan lebih banyak masa dan mendampingi pesakit yang dianggap seperti keluarga sendiri

"Seandainya pesakit meninggal dunia, kami tetap ada menemani keluarga sehingga selesai pengebumian," katanya ketika ditemui pada Karnival Kesihatan Klinik SP Care semalam.

Iklan

Hadir sama, Ahli Parlimen Hulu Selangor June Leow Hsiad Hui.

Seorang lagi jururawat hospis, Tan Yong Yi berkata, dia menempuh pengalaman menyentuh perasaan membabitkan penjagaan pesakit tanpa mengira bangsa dan agama.

Menurutnya, rawatan perubatan turut diberikan supaya pesakit sentiasa dalam kondisi baik dan bersikap positif serta tenang menghadapi dugaan hidup.

"Sebagai jururawat hospis, kekuatan mental, fizikal dan emosi amat penting sepanjang menjalakan tugas.

"Kami juga membantu keluarga mengenai cara penjagaan pesakit, memberi pinjaman alat perubatan, mengawal simptom penyakit dan sokongan emosi berdepan kehilangan orang tersayang," katanya.