Dua Fatimah impi jadi pelukis terkenal

Iklan
Fatimah Aisyah (kanan) dan Fatimah Az Zahra bersama lukisan mereka.

KOTA BHARU - Bakat melukis dua kanak-kanak yang mendalami teknik lukisan di Kampung karaftangan terbukti apabila lukisan mereka dibeli dan ditempah beberapa individu.

Lukisan Fatimah Aisyah Ahmad Syafik, 9, dan Fatimah Az Zahra Nazman, 10, pernah dijual pada harga sehingga RM100.

Iklan
Iklan

Murid Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2, Fatimah Aisyah memberitahu, sejak kecil dia melihat kemboja sebagai ciptaan ALLAH SWT yang sangat cantik dan menjadi inspirasinya untuk melukis.

"Saya mahu dikenali sebagai Fatimah kemboja," katanya ketika ditemui di Kampung Kraftangan di sini.

Iklan

Menurut Fatimah Aisyah, wang hasil jualan lukisannya akan digunakan untuk melancong dan sebahagiannya disimpan sebagai persediaan masa depan.

Anak sulung daripada tiga beradik mewarisi bakat melukis bapanya yang juga seorang guru Matematik di sekolah sama.

Iklan

Fatimah Az Zahra menunjukkan individu ternama yang pernah dilukis.

Fatimah Aisyah yang bercita-cita menjadi pelukis terkenal dipilih menyertai pameran lukisan di sebuah pusat beli-belah di bandar ini 28 Mei lalu.

Selain bunga kemboja, kanak-kanak ini turut berbakat melukis pemandangan alam dan corak batik.

Sementara itu, Fatimah Az Zahra yang lebih meminati lukisan potret menghabiskan masa kira-kira tiga hingga lima jam sehari untuk melukis.

Menurut ibunya, Nor Alina Md Supian, 43, anaknya mempunyai banyak masa menumpukan perhatian kepada lukisan kerana tidak menghadiri sekolah harian dan belajar di rumah.

Katanya, anak sulung daripada tiga beradik itu suka melukis gambar haiwan dan potret.

"Kami mengesan bakatnya sejak dia berusia dua tahun dan sebagai sokongan, kami membelikan peralatan lukisan bagi mengasah bakatnya," katanya.

Kebolehan Fatimah Az Zahra seiring usianya dan kini mampu melukis potret individu kenamaan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pereka fesyen terkenal dunia, Zhang Thoi.

Fatimah Aisyah (kiri) bersama lukisan yang dihasilkan di Kampung Kraftangan.

Nor Alina memberitahu, anaknya itu mempunyai impian untuk melukis potret neneknya, Jamiah Rahidin, 61, (ibu Nor Alina) yang dianggap sebagai satu cabaran.

Fatimah Az Zahra yang mewarisi kebolehan datuknya, Allahyarham Yahya Hasan yang juga seorang arkitek mengambil masa kira-kira sebulan untuk menyiapkan satu potret bergantung kepada keadaan gambar yang diterima.

"Saya cuba memenuhi kehendak Fatimah Az Zahra untuk membeli keperluan lukisannya dan berharap dia berjaya sebagai pelukis kerana kerjaya itu merupakan impiannya sejak kecil," katanya.