Hampir 1.5 juta jemaah haji tiba di Arab Saudi

Iklan
Gambar hiasan

RIYADH - Hampir 1.5 juta jemaah dari seluruh dunia telah berada di Arab Saudi sejak permulaan musim haji, lapor portal-portal berita negara itu.

Daripada 1,499,472 jemaah itu, seramai 1,435,014 jemaah tiba melalui udara sementara 59,744 jemaah melalui darat dan 4,714 orang melalui laut.

Iklan
Iklan

Arab Saudi turut memaklumkan, 230,170 jemaah daripada jumlah keseluruhan itu pula mendapat manfaat daripada inisiatif Mekah Route.

Kos mengerjakan Rukun Islam kelima bagi jemaah haji dari luar negara telah berkurang sebanyak 39 peratus, kata Menteri Haji dan Umrah, Tawfiq Al-Rabiah.

Iklan

Dalam masa sama, beliau berkata, jumlah jemaah yang berpeluang mengerjakan haji tahun ini akan kembali kepada tahap sebelum pandemik.

Menurut Tawfiq, kira-kira 2.6 juta umat Islam mengerjakan haji di Mekah setiap tahun.

Iklan

Bagaimanapun, angka itu berubah apabila wabak Covid-19 melanda dunia sekali gus memaksa kerajaan Arab Saudi mengenakan sekatan kemasukan jemaah.

Haji yang merupakan ibadah tahunan umat Islam akan bermula pada 26 Jun ini. - Awani