Aplikasi iClean KDEBWM menang anugerah

Iklan
Ramli (lima dari kanan) bergambar bersama kakitangan KDEBWM (dari kiri) Mahfuzah Muhamad Tarmidi, Ahmad Rizal Mohd Daud, Idris Mohamed Yusof, Shaikhah Abdul Karim (empat dari kanan), Aisar Sukran (tiga dari kanan), Abdul Hafiz Abd Rahman (dua dari kanan) dan Faizal Tuah (kanan).

SHAH ALAM - Aplikasi iClean Selangor yang dibangunkan oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) dinobatkan sebagai pemenang anugerah Aplikasi Perkhidmatan Awam Terbaik-Kerajaan pada Majlis Anugerah PC.COM.

Aplikasi dibangunkan KDEBWM sejak tahun 2016 lalu itu sehingga kini mempunyai lebih 100,000 pengguna berdaftar yang aktif.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusan KDEBWM, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, kejayaan itu tidak mungkin tercapai tanpa sokongan pengguna aplikasi iClean Selangor.

"Kami percaya aplikasi dibangunkan oleh KDEBWM dapat membantu masyarakat Selangor terutama sekali untuk menyelesaikan aduan mereka dengan lebih efisien.

Iklan

"Kami menggalakkan penduduk di Selangor untuk memuat naik aplikasi iClean Selangor ini dan sentiasa memberi maklumat kepada KDEBWM tentang sampah di kawasan mereka demi mencapai kelestarian dan keharmonian di negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pacific Institute of IT (APIIT) Datuk Parmjit Singh (kiri) menyampaikan anugerah kepada Ramli (kanan) pada majlis berkenaan.

Anugerah itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kepada Ramli pada Majlis Malam Anugerah PC.COM yang diadakan di Sunway Hotel Resort and Spa.

Iklan

Anugerah anjuran majalah PC.COM itu diadakan buat kali ke-23 sejak tahun 2000 lagi dan diiktiraf sebagai anugerah berprestij dalam kalangan pemain industri.

Pemenang bagi anugerah itu dinilai oleh panel majalah PC.COM melalui borang kajian yang telah dihebahkan melalui laman sesawang dan platform media sosial pc.com iaitu liveatpcddotcom bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai kategori anugerah ini.

Anugerah itu juga telah disertai 120 penyertaan dari pelbagai industri dan kategori.

Ramli memberitahu, KDEBWM komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di negeri ini.

"Kita mahu membina Selangor bersih dan lebih hijau untuk generasi akan datang selaras dengan teras ketiga, Rancangan Selangor 1 (RS-1) iaitu pemacuan kelestarian," jelas beliau.

Menurut Ramli, aplikasi iClean Selangor merupakan satu medium bagi penduduk di negeri ini untuk membuat sebarang aduan mengenai kutipan sisa pepejal sama ada sampah domestik, pukal dan juga pembersihan awam.

Ujar beliau, melalui aplikasi itu, sebarang aduan diterima oleh pihak KDEBWM dipercayai lebih tulen dan terperinci.

Ramli bergambar bersama anugerah dimenangi KDEBWM pada Majlis Malam Anugerah PC.COM di Sunway Hotel Resort and Spa.

"Pengguna boleh memilih kawasan mereka dengan lebih spesifik dan berkongsi gambar dalam aplikasi tersebut.

"Pengguna boleh memuat naik aplikasi ini melalui Apple App Store dan Google Play Store," tambah beliau.

Selain itu, katanya, aplikasi itu juga boleh menyemak status aduan sama ada diterima, di dalam proses dan telah diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

"Selain aduan, pengguna juga boleh memberi sebarang cadangan bagi memastikan KDEBWM sentiasa cakna tentang keadaan sampah khususnya di Selangor.