Restoran tawar hiburan secara haram disita

Iklan
Restoran menawarkan ruang hiburan istirahat (lounge) dan permainan snuker terbabit dilaporkan baharu beroperasi selama sebulan.

KLANG - Sebuah restoran di Jalan Pekan Baru Klang disita Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam satu operasi selepas menawarkan ruang hiburan istirahat (lounge) dan snuker secara haram.

MPK dalam kenyataan memaklumkan, hasil siasatan mendapati pengusaha restoran berkenaan hanya memiliki lesen perniagaan serta iklan (2023) bagi operasi restoran sahaja.

Iklan
Iklan

"Pengusaha terbabit menjalankan aktiviti hiburan (lounge dan snuker) tanpa lesen sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) bahagian pelesenan dan baharu beroperasi selama sebulan.

"Hasil siasatan didapati pengusaha ini hanya memiliki lesen perniagaan serta iklan (2023) bagi operasi restoran sahaja,” menurut PBT berkenaan dalam kenyataan di laman Facebooknya.

Iklan

PBT itu turut memaklumkan tindakan sitaan lounge dan snuker adalah mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Selangor 1995 dan 2001 serta 1995 pindaan 1998 dan 2001.

Antara barangan disita dalam operasi termasuklah set karaoke, televisyen, speaker, kayu snuker dan bola snuker

"Antara barangan disita dalam operasi terbabit termasuklah set karaoke, televisyen, speaker, kayu snuker dan bola snuker," katanya.

Iklan

MPK menambah pihaknya akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha patuh dengan undang-undang dan arahan ditetapkan.