'Ramai pengawas, penanda kertas SPM 2022 belum terima upah'

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Fadli Salleh

SHAH ALAM - Seorang guru yang juga pempengaruh, Mohd Fadli Salleh menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengambil serius berhubung isu tuntutan bayaran kepada pengawas dan penanda kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Ujar beliau, ramai dalam individu tersebut masih belum mendapat bayaran mereka.

Iklan
Iklan

"Dalam Islam, upah harus dibayar sebelum keringat kering.

"Sudahlah bayaran tidak setimpal dengan bebanan tugas, claim (tuntutan) yang dibuat kena potong, lambat bayar pula. Naya dekat orang. Hmmm,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Iklan

Menerusi hantaran berkenaan, Mohd Fadli turut memuat naik komentar luahan daripada kalangan pengawas dan penanda kertas berkenaan.

Seorang individu yang mendakwa sebagai pengawas meluahkan yang dia serik untuk menerima tawaran berkenaan pada masa akan datang.

Iklan

"Maaflah SPM 2023 tidak akan terima lagi untuk jadi pengawas,” ujarnya.

Mohd Fadli turut melampirkan komentar seorang penanda kertas yang mendakwa, kadar bayaran bagi semakan kertas sangat tidak setimpal.

"Kertas amali Sains hanya ada sedikit, berjumlah markah kurang dari 20 markah bayarannya hanya RM3.

"Kertas 2 ada hampir 100 markah, berpuluh-puluh muka surat, tetapi dibayar RM4.

"Tidakkah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) memikirkan soal pemberat dan ini memang tidak adil. RM4 ibarat bayaran ‘buruh percuma’,” katanya.