KPDNHEP Terengganu jamin bekalan Ramadan cukup

Iklan
Saharuddin

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menjamin bekalan barangan runcit dan basah mencukupi bagi kegunaan orang ramai sepanjang Ramadan minggu depan.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, pihaknya sudah membuat pemantauan dan bekalan yang ada didapati mencukupi untuk keperluan pengguna negeri ini.

Iklan
Iklan

"Pengalaman kita pada tahun sebelum ini masalah bekalan tidak ketara sangat di Terengganu. Contohnya bekalan ayam, kita masih boleh tangani jika ada terkurang sikit,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, Saharuddin menasihati pembekal dan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga melampau hingga membebankan pengguna.

Iklan

Beliau berkata, seramai 110 pegawai penguatkuasa dan 60 pegawai pemantau harga KPDNHEP akan bertugas di seluruh negeri sepanjang Ramadan melakukan pemeriksaan bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan selain jika terdapat aduan.

"Betul kita kawal tapi pilihan sebenarnya terletak pada pengguna, bulan Ramadan juadah berbuka puasa banyak pilihan. Kalau makanan itu mahal pada pandangan kita, kita pergilah dekat peniaga lebih murah.

Iklan

"Kalau kita pergi juga tempat mahal, seolah-olah kita menyokong kepada aktiviti itu. Apa pun kita harap pengguna dapat buat aduan rasmi jika ada kenaikan harga yang ketara supaya tindakan boleh diambil, jangan hanya komen dalam media sosial,” katanya.

Saharuddin berkata, laporan kepada KPDNHEP boleh dibuat melalui talian bebas tol 1-800-886-800, aplikasi whatsapp 019-2794317, laman Facebook KPDNHEP atau hadir sendiri ke pejabat di Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman dan Besut.