Aidiladha: Keluarga dibenar lawat penghuni penjara

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Keluarga semua penghuni penjara dibenar membuat lawatan perjumpaan sempena sambutan Aidiladha pada hari raya ketiga dan keempat.

Lawatan itu juga melibatkan Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.

Iklan
Iklan

Jabatan Penjara dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan keutamaan lawatan diberi kepada penghuni beragama Islam.

Selain kaedah bersemuka, perjumpaan secara dalam talian (panggilan video) juga dibenarkan dari 1 hingga 3 Julai nanti.

Iklan

Kenyataan itu menyebut keluarga yang memilih kaedah bersemuka perlu mematuhi syarat antaranya waktu lawatan bermula dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang.

"Membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (calitan/air liur) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan.

"Selain itu, pelawat adalah tertakluk kepada Akta dan Peraturan Penjara yang membolehkan pihak penjara membuat pemeriksaan fizikal ketika pelawat masuk dan keluar dari penjara,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Jabatan Penjara turut memaklumkan lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu melalui tempahan iaitu Sistem i-Visit di www.prison.gov.my, panggilan telefon dan e-mel atau surat ke institusi berkenaan.

"Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat dan mereka perlu menghubungi institusi berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya. - Bernama