Harga beras import tidak dikawal kerajaan

Iklan
Mohamad Sabu

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mengawal harga beras putih import, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Jelasnya, pada masa ini harga pasaran beras putih import di peringkat runcit majoritinya masih berada pada paras RM32 dan ke bawah bagi setiap beg 10 kilogram (kg).

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan kenaikan antara RM1 ke RM2 bagi harga beras putih import untuk beras kampit 10kg bermula bulan depan.

Mohamad berkata, kementerian telah mengambil tindakan segera bagi memastikan harga pasaran beras tempatan dalam negara sentiasa stabil dan terkawal dengan mengeluarkan surat arahan bertarikh 16 Jun berhubung penetapan harga kawalan maksima jualan beras tempatan di peringkat kilang serta borong.

Iklan

"Melalui surat arahan tersebut, semua pemegang Lesen Kilang Padi Komersil dan Lesen Borong Beras adalah dikehendaki mematuhi harga kawalan maksima yang ditetapkan berkuat kuasa 16 Jun lalu," katanya.

Tegas beliau, harga kawalan maksima beras Super Spesial Tempatan 5 peratus (SST5) di peringkat runcit adalah dikawal pada kadar RM2.60 bagi setiap kilogram (KG) seperti mana yang termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta].

Iklan

"Pada masa ini, harga pasaran beras dalam negara adalah stabil memandangkan harga jualan bagi 70 peratus bekalan beras tempatan dalam negara adalah dikawal oleh kerajaan.

"Pemantauan berterusan KPB juga dijalankan di peringkat runcit dan borong di seluruh negara bagi memastikan harga dan bekalan beras sentiasa stabil di pasaran negara," katanya.