Saya tidak boleh komen - Daroyah

Iklan
Dr Daroyah Alwi

SHAH ALAM -"Saya tidak boleh hendak komenlah, ok bye," kata bekas Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Dr Daroyah Alwi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada Jumaat yang membenarkan PKR menuntut RM10 juta daripada bekas Naib Presidennya, Datuk Zuraida Kamaruddin yang keluar parti itu tiga tahun lalu.

Iklan
Iklan

Selain Daroyah, Sinar Harian turut menghubungi ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham, namun bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR itu berada dalam satu program dan tidak dapat memberikan respon.

PKR sebelum ini membuat tuntutan terhadap 19 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak melanggar syarat bon yang mengikat mereka dengan parti tersebut.

Iklan

Selain Zuraida, mereka adalah bekas Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Datuk Seri Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Jonathan Yasin (Ranau) dan Baru Bian (Selangau) serta Datuk Willie Mongin (Puncak Borneo).

Sementara ADUN pula melibatkan Dr Chong Fat Full (Pemanis), Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia), Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau), Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia), Azman Nasrudin (Lunas), Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam), Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya), Daroyah Alwi (Sementa) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh)

Iklan

Pada Jumaat, media melaporkan PKR akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap 10 bekas ahli Parlimen yang melanggar syarat bon mengikat kepada parti.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, fakta kes tersebut sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap Zuraida.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Zuraida membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar parti

PKR boleh tuntut RM10 juta daripada Zuraida - Hakim