Babak The Simpsons jadi kenyataan lagi

Iklan
Sedutan daripada siri itu yang memaparkan lokasi Titanic tenggelam di dasar Lautan Atlantik. - Foto Agensi

NEW YORK - Peminat siri animasi, The Simpsons mendakwa rancangan ikonik itu sekali lagi 'berjaya' meramalkan masa depan.

Menerusi episod yang ditayangkan pada 2006, ia dengan jelas memaparkan sebuah kapal selam menghampiri lokasi kapal Titanic tenggelam.

Iklan
Iklan

Ketika ini, ramai yang mula mengaitkan kapal selam Titan dengan apa yang dipaparkan pada episod ke-10 arahan Mike Reiss untuk musim ke-17 berjudul Homer's Paternity Coot yang menunjukkan watak Homer Simpson bersama bapanya, Mason Fairbanks yang 'hilang' ketika mencari harta karun.

Homer turut berdepan detik mendebarkan apabila bekalan oksigen pada kapal selam dinaikinya mengeluarkan tanda amaran.

Iklan

Dia bagaimanapun terselamat dan berada dalam keadaan koma selama tiga hari di hospital.

Difahamkan, ia bukanlah kali pertama The Simpsons membuat ramalan tentang apa yang akan berlaku pada masa depan dan sebanyak 12 kejadian dikatakan benar-benar terjadi termasuk Donald Trump bertanding pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) dan kemangkatan Permaisuri Britain, mendiang Ratu Elizabeth II. - Agensi

Iklan