‘Caretaker government’ sehingga pembentukan kerajaan baharu - MB

Iklan
Amirudin Shari

SHAH ALAM - Pentadbiran kerajaan negeri Selangor bermula Jumaat akan berfungsi sebagai kerajaan sementara atau 'caretaker government' sehingga kerajaan baharu dibentuk.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seperti yang telah beliau umumkan pada Isnin lalu Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 dibubarkan pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pembubaran itu selepas dicadangkan dan menerima perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada Isnin minggu lalu.

"Pagi tadi juga, Speaker Dewan Negeri Selangor, YB Tuan Ng Suee Lim telah menyerahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Selangor kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Selangor, Shafie Taib.

Iklan

"Susulan itu, pentadbiran kerajaan negeri akan berfungsi sebagai kerajaan 'caretaker', bagi memastikan tatakelola, ketelusan, dan kebertanggungjawaban dipelihara.

Dalam pada itu, beliau menambah, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan melaksanakan fungsi sebagai pengerusi jawatankuasa tetap portfolio masing-masing supaya keputusan-keputusan dasar yang dibuat sebelum pembubaran diimplementasikan dengan sempurna tanpa membuat perubahan dasar atau keputusan substantif yang baharu.

Iklan

"Bagi memastikan prinsip 'good governance' terus diangkat, saya telah mengarahkan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya kereta rasmi tidak digunakan semasa menghadiri program dan mesyuarat politik.

"Dalam pada itu, semua exco akan menyerahkan semula kereta rasmi sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Selangor 2023," tambahnya.

Ikuti perkembangan semasa berita Pilihan Raya Negeri di sini!