Selamat disatukan, Shuib kini milik Watie

Iklan
Shuib sah bergelar suami kepada Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dengan hanya sekali lafaz pada Jumaat.

[DIKEMAS KINI] PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Shuib sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, dengan hanya sekali lafaz dalam majlis ijab kabul yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam sekitar jam 8.47 malam Jumaat.

Pasangan berkenaan dinikahkan abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchong, Selangor, Ustaz Zubairi.

Iklan
Iklan

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 39, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh. Namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Usahawan itu turut ditemani empat cahaya matanya iaitu Uwais Alqarni; 12, Dzahira Talita Zahra; 10, Ariq Matin; 8, dan Ayash Affan berusia dua tahun.

Iklan

Hari bahagia pasangan berkenaan turut diraikan 600 tetamu termasuk keluarga dan teman rapat kedua belah pengantin.

Antara artis dan selebriti yang hadir meraikan pasangan mempelai ialah Fad Bocey, Marsha Milan, Fasha Sandha, Wan Sharmila, Nora Danish, Dafi, Haiza, MK K-Clique dan lain-lain.

Iklan

Majlis pasangan ini mendapat tajaan RM1.7 juta termasuk barangan kemas.

Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Shuib.

Terdahulu usahawan tersebut mendirikan rumah tangga bersama arwah Siti Sarah Raisudin yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021.