SEBANYAK 400 pegawai dan anggota polis ditugaskan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak bagi tujuan kawalan keselamatan pada aksi separuh akhir Piala FA 2023, Ahad ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Abdul Rahim Md Din berkata, sebagai langkah keselamatan, petugas juga akan melakukan pemeriksaan badan dan beg di pintu masuk dan selepas memasuki stadium bagi menyaksikan pertemuan antara Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC.
"Penonton diingatkan agar sama sekali tidak membawa masuk barangan terlarang seperti mercun, bunga api, suar, topi keledar, botol air, botol kaca, minuman keras, tin minuman, laser, mancis, pemetik api dan power bank.
"Turut tidak dibenarkan dibawa masuk adalah sebarang objek tajam sama ada besi atau kayu, senjata tajam seperti pisau, gunting, parang serta payung atau tongkat, dron dan sebarang alat pembesar suara atau alat peniup yang mengeluarkan bunyi bising," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Abdul Rahim berkata, polis juga memberi amaran keras kepada penyokong kedua-dua pasukan agar tidak menimbulkan kekecohan pada sebelum, semasa dan selepas perlawanan yang dijadualkan bermula 9 malam.
"Penyokong tidak dibenarkan menganjurkan perhimpunan, perarakan atau membuat provokasi, pergaduhan, merusuh atau nyanyian dalam bentuk sindiran atau hinaan, serta membakar atau menyalakan suar dan sebagainya.
"Tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang sedia ada oleh para penyokong. Oleh itu, polis menyeru kerjasama semua pihak agar dapat mematuhi sepenuhnya garis panduan kawalan keselamatan di stadium seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia)," katanya.
Beliau berkata, polis trafik juga akan ditempatkan di sekitar stadium bagi mengawal aliran lalu lintas dan orang ramai dinasihatkan agar tidak meletakkan kenderaan dan menghalang jalan atau laluan ke kawasan pintu utama stadium. - Bernama.