Sasar sifar budaya ‘ngejah’ dalam komuniti

Iklan
Muhamad Nizam (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan makanan kepada penerima di Chempaka, Kota Bharu pada Jumaat. - Foto Sinar Harian

KOTA BHARU - Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (Pakar) Kelantan menyasarkan pengetahuan dan kesedaran komuniti dalam memerangi rasuah di negeri ini meningkat sehingga 50 peratus dalam tempoh tiga tahun lagi.

Pengerusi Pakar Kelantan, Muhamad Nizam Ismail berkata, bagi merealisasikan perkara itu, penting untuk memantapkan aspek integriti dan jati diri dalam komuniti sekali gus menyelamatkan negara daripada kemusnahan akibat jenayah kolar putih.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, rasuah menyebabkan ekonomi sesebuah negara terbantut menghilangkan minat pelaburan asing, meningkatkan kos pentadbiran dan urus niaga, menidakkan hak rakyat daripada mendapat perkhidmatan serta mendorong ketidakstabilan politik.

"Komuniti menjadi perhatian kerana tidak terlepas daripada terjebak terutamanya sebagai pemberi rasuah,” katanya ketika ditemui selepas Program Pemantapan Integriti Komuniti di Chempaka di sini pada Jumaat.

Iklan
Muhamad Nizam - Foto Sinar Harian

Turut diadakan sumbangan barangan makanan kepada asnaf-asnaf.

Muhamad Nizam berkata, program itu antara projek perintis yang dijalankan dengan kerjasama #RasuahBusters dan disertai lebih 30 penduduk kampung terdiri dalam kalangan dewasa berusia 30 hingga 70 tahun.

Iklan

"Kami mahu memberi pendidikan supaya komuniti faham elemen utama iaitu jati diri dan ntegriti diri yang perlu diperkukuhkan bagi mengekang gejala ini.

"Usaha ini akan dipergiatkan lagi ke lebih banyak kampung dan dengan jalinan kerjasama pelbagai pihak sehingga tercapai hasrat tidak ada lagi budaya ‘ngejah’ dalam komuniti,” ujarnya.