BAYERN Munich menandatangani bek kiri Portugal, Raphael Guerreiro secara percuma daripada pesaing Borussia Dortmund, kata juara Bundesliga itu.
Guerreiro yang kontraknya dengan Dortmund berakhir pada 30 Jun telah menandatangani perjanjian setahun bersama Bayern.
Pemain berusia 29 tahun itu akan bersatu semula dengan jurulatih Bayern, Thomas Tuchel yang membawanya ke Dortmund dari kelab Perancis Lorient pada 2016.
"Ia satu penghormatan untuk saya dapat bermain untuk kelab hebat ini, dan saya juga menghargai Thomas Tuchel sejak kami bersama di Dortmund,” kata Guerreiro.
Sebagai rekod, Guerreiro menghabiskan tujuh tahun di Dortmund dengan melakukan lebih daripada 200 penampilan untuk kelab itu,
Dia juga telah menjaringkan 40 gol dan mempunyai 64 caps bersama Portgual selain memenangi Euro 2016.
Menariknya, biarpun beraksi selaku pemain pertahanan, namun Guerreiro juga boleh bermain sebagai pemain sayap kiri dan di bahagian tengah.
Dia mencatatkan empat gol dan 12 bantuan gol dalam Bundesliga musim lalu, ketika Bayern mengekalkan penguasaan di Bavaria menewaskan Dortmund dengan perbezaan gol bagi merangkul kejuaraan liga ke-11 berturut-turut.
Sebagai rekod, pemain pertahanan Mats Hummels adalah pemain terakhir yang berpindah dari Dortmund ke Bayern pada 2016, apabila kembali ke kelab lembah Ruhr tiga tahun kemudian.
Guerreiro adalah pembelian kedua Bayern di luar musim, selepas pemain tengah Konrad Laimer menyertai RB Leipzig, juga secara percuma